Sedar & Undilah

Sunday, October 16, 2011

Mahathir Lupa Dia Pernah Mengaku Dia Tikus Yang Sanggup Menderhaka Raja

Enggan Minta Maaf, Dr Mahathir Anggap Dr Aziz Bari Kurang Ajar

SERI ISKANDAR:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'.

Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11, Ahad.

Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Abdul Aziz dilaporkan berkata sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Canselor Emas kepada graduan Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Awam Lai Chin Leong, 23, ekoran kecemerlangannya meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89.

Muhammad Aiman Jamaludin, 22, T. Kuhanesapathy, 23, pula menerima Anugerah Canselor Perak dan Gangsa. - BERNAMA

Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja

Dewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk.

Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi 'sidang penderhakaan' terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan Raja-raja.

Matlamatnya satu, mahu perlembagaan dipinda bagi membataskan kuasa dan menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.

Dato' Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat.

Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.

Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.

Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.

Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."

Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.

Saturday, September 24, 2011

DATO TAJUDDIN - BUKAN CALUN PARLIMEN BN DI PRU13


Pusat Latihan UITM - Sungai Galah, Kampong Gajah 24 Sep. 2011. Program Rumah Terbuka Aidilfitri kelolaan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap Pengerusi Felcra Berhad gagal mencapai matlamatnya.



Kain pemidang Rumah Terbuka

Pihak urusetia Program telah berusaha keras untuk memastikan kunjungan PM sehari ke Perak turut sama di majlis tersebut, berbagai juadah telah di sediakan malahan semua cawangan UMNO dikerah untuk hadir sama di majlis tersebut.

Setiap cawangan di sediakan sebuah bas dengan muatan 40 orang, ini bermakna ahli-ahli UMNO yang akan hadir dari seluruh Pasir Salak boleh dianggarkan seramai 4000 orang itu pun hanya dikira 100 cawangan sahaja, sedangkan cawangan UMNO sejumlah 123 buah. Itu kehadiran dengan bas, sudah pasti ada kalangan mereka yang berkereta atau pun dengan motor.

Berapa agaknya perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak urusetia, bas sahaja dianggarkan 60K RM ( jika sebuah bas Rm600 ), wang saku di fahamkan RM30 seorang, penyediaan jamuan, penyediaan khemah, sewaan itu dan ini, mungkin ianya menelan sejumlah wang yang besar.

" Tuan puan harap dapat bersabar, PM akan sampai tak lama lagi " laungan dari Juruhebah, " rakyat " sudah mula resah, mereka hadir jam 11pg dan kini sudah hampir 2petang. PM masih belum nampak batang hidungnya. Kemana PM agaknya, di katakan ada di Changkat Tin. Jarak Changkat Tin dengan Sungai Ga.lah sahaja hanyalah sepelaung jauhnya.

Akhirnyanya di umumkan PM tidak hadir di majlis Rumah Terbuka ini, diumumkan oleh juruhebah. Semua mereka menunjukkan rasa amarah yang amat sangat. macam-macam persoalah timbur dalam benak pemikiran mereka. Apakah PM sudah benci dengan Dato Tajuddin? Apakah ketidak hadiran PM memang tiada dalam jadual lawatan seharinya ke Perak? Atau apakah nama Dato Tajuddin sudah di padamkan dari senarai calun BN untuk PRU13 nanti? Atau apakah PM juga sudah mengetahui " buruk perangai " yang di miliki oleh Tajuddin.

lu fikir le sendiri.

Tuesday, September 20, 2011

BN dijangka tumbang?



Kita sedikit sebanyak boleh membuat ‘prediction’ awal tentang apa yang akan berlaku di Semenanjung dalam pilihanraya nanti. Dalam pilihanraya yang lepas di Semenanjung BN telah memenangi hanya 80 kerusi termasuk kerusi yang di menangi oleh calon bebas yang menggunakan simbol PAS, iaitu Ibrahim Ali.


Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 2 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah.

Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang). Jika MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Jika di dasarkan kepada kemenangan BN sebanyak 67 kerusi di Semenanjung maka BN harus mencari 55 kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemenangan mudah di Parlimen. Tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah kesemua kerusi Parlimen ialah, 26 di Sarawak dan 25 di Sabah dan jumlah kesemuanya di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini hanyalah 51 kerusi.

Jika BN memenangi kesemua kerusi di kedua buah negeri ini pun ianya tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menubuhkan kerajaan mudah di Persekutuan. Persoalannya sekarang ialah mampukah BN memenangi kesemua 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sedangkan DAP sedang mengembangkan pengaruhnya di Sarawak terutamanya di Kawasan-kawasan Bumiputra Sarawak.

DAP mempunyai ‘advantage’ besar kerana parti itu adalah parti multi-racial yang boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum pun termasuk Iban, Dayak dan lain-lain. Dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita telah melihat kemenangan DAP di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan bandar di sana.

Banyak pihak berpendapat yang BN akan kehilangan 8 kerusi Parlimen di Sarawak dan 7 kerusi Parlimen da Sabah. Maka kedua-dua buah negeri ini BN hanya mampu memenangi 41 kerusi dari 56 kesemuanya.

Jika 67 kemenangan BN di Semenanjung (termasuk MCA) di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak, maka BN akan hanya memenangi 108 kerusi keseluruhannya dan kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini akan mampu menubuhkan kerajaan walaupun dengan ‘simple majority’.

Di dalam perkiraan apa sekali pun kita mesti meletakan angka untuk kontijensi. 67 kerusi yang ditelah akan di menangi oleh BN itu harus mempunyai peratusan kontijensinya. Kita tidak tahu lagi apa yang berlaku kepada BN di dalam percaturan pemilihan calun Parlimen ini.

Dalam perkiraan tadi kita tidak masukan kemungkinan Pasir Mas yang akan kembali kepada PAS yang sekarang di sandang oleh Ibrahim Ali. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi itu di atas symbol PAS kerana jika Ibrahim Ali bertanding di atas tiket bebas sejarah telah membuktikan yang Ibrahim telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya 2004 dahulu. Pasir Mas dikatakan akan jatuh semula ketangan PAS.

Ramai di dalam UMNO menyatakan yang Tengku Razaleigh akan tidak di turunkan oleh UMNO kali ini sebagai calon. Jika berita ini benar maka Gua Musang juga akan jatuh ketangan PAS. Jika Pasir Mas dan Gua Musang jatuh ketangan PAS maka Jeli juga akan jatuh justru BN tidak akan mendapat apa-apa kemenangan di Kelantan.

Jika ini berlaku maka angka 67 kemenangan BN di Semenanjung tadi akan jatuh kepada 64 sahaja. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu akhir-akhir ini. Saya di beritahu oleh mereka yang UMNO di negeri Terengganu tidak akan mampu memenangi di sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimennya kerana pergolakan besar di dalam UMNO di negeri itu Jika berita ini benar maka bilangan kerusi BN di Semenanjung akan turun lagi kepada 61 kerusi sahaja.

Angka kemenangan BN sebanyak 61 kerusi ini belum lagi mangambil kira kerusi-kerusi BN yang dijangka dengan jelas akan menghadapi kekalahan. Satu-satunya kerusi yang dimenangi MCA di Selangor iaitu Ampang yang sekarang di sandang oleh Ong Tee Kiat akan menjadi milik DAP atau mana-mana parti PR.

Di jangkakan kerusi BN Raub akan tumbang juga dengan berbagai-bagai isu peribadi Ng Yen Yen dan di Johor sahaja BN dikatakan akan kehilangan sebanyak 3 lagi kerusi Parlimen. Jika di tolak 5 lagi kerusi ini dari 61 untuk BN tadi maka BN di Semenanjung akan hanya memenangi 56 kerusi kesemuanya.

Jika 56 kerusi di Semenanjung ini di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak maka angka kemenangan BN keseluruhannya akan berlegar di angka 97 kerusi sahaja. Sejak beberapa bulan yang lepas ada pihak yang sentiasa memberitahu saya yang BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi.

Semasa itu saya tidak dapat mempercayainya kerana tidak diberitahu angka itu secara saintifik. Tetapi apabila perkiraan ini dilakukan maka saya sudah nampak lojiknya bagaimana 97 kerusi itu hampir menjadi kenyataan. Yang penting yang mesti diketahui ramai ialah di Semenanjung BN itu hanyalah UMNO kerana parti-parti komponennya akan pupus dalam politik negara selepas pilihanraya yang akan datang.

Nazri Aziz telah menafikan yang beliau melamar DAP untuk bersama BN tetapi sebenarnya beliau benar-benar membuat tawaran tersebut. DAP telah menolak lamaran itu kerana tawaran itu hanyalah sebagai tindakan desperate satu parti yang telah lemas dengan kuasa serta telah hilang segala hidayahnya.

Oleh kerana itu jika kita dasarkan kepada hukum akal kita jelas BN akan tewas di dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya perkiraan Tuhan sahaja yang akan mengubah apa yang telah di kira tadi. Perkiraan yang ditulis ini hanya perkiraan manusia yang serba serbi lemah ini dengan tambahan sedikit dengan ‘intuition’ yang ada pada diri saya. Masalahnya ‘intuition’ saya selama ini banyak juga yang menjadi kenyataan.

Kepada sesiapa dan pihak yang tidak suka kepada ‘intuition’ yang ada pada diri saya ini supaya berdoa agar kali ini apa yang saya rasakan itu adalah salah. Semua pihak hanya perlu berdoa sahaja sekarang ini agar yang maha menghakimi akan membuat penentuan. Setakat ini itu semua hanyalah perancangan manusia sahaja.

Hanya DIA sahaja akan menentukan segala-galanya.

Saturday, August 27, 2011

TAJUDDIN - ANWAR TERUS BERDENDAM

Parlimen Pasir Salak yang di ketuai oleh Dato Tajuddin mempunyai pertalian baik dengan pihak pengurusan di PTPTN. Ini kerana sudah beberapa kali beliau mengambil inisiatif untuk mendapatkan sebahagian dari pinjaman diserahkah kepada bakal siswa sebagai WPP ( Wang Pendahuluan PTPTN ) usaha " ada udang sebalik me " mungkin memberikan sedikit pandangan negatif kerana PTPTN adalah wang " hutang " siswa untuk belajar. Kenapa pula wang pinjaman perlu di sampai dalam satu majlis rasmi. Ia bukannya wang itu disumbangkan oleh YB tersebut, tapi beliau menggunakan peruntukan itu untuk tujuan politik diri sendiri.

Pada tahun ini seramai 163 siswa dari seluruh pelusuk Parlimen Pasir Salak telah menerima tawaran tersebut. Tahniah kepada seluruh keluarga yang terlibat.



Kain pemidang majlis tersebut yang diadakan di perkarangan
Masjid Sultan Azlah Shah, Kg. Gajah,
majlis penyampaian WPP juga di iringin dengan Majlis Berbuka Puasa.



Para bakal siswa yang melaporkan diri serta
mengisi borang aku terima
WPP tersebut.

YB Dato Tajuddin, ahli parlimen Pasir Salak, yang juga Pengerusi Felcra Bhd. dalam masa yang singkat mampu memberikan ucapan, saranan dan memberikan motivasi kepada bakal siswa agar memberikan penumpuan 100% kepada pembelajaran dan pastikan PTPTN yang di tawarkan itu menjadi biasiswa. Jika pencapaian akademik cemerlang di tahap 3.5 ke atas sudah pasti PTPTN pinjaman ini ditukarkan kepada biasiswa.

Selain dari itu, beliau juga menekan kepada bakal siswa dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan mengamalkan " pergaulan " peringkat international dan menjauhkan diri dari menjadikan budaya " kampong " dalam proses penguasaan belajar dan juga tidak belajar dalam keadaaan " katak bawah tempurung " hanya mendalami bidang yang dikhususkan sahaja sebaliknya perlu berusaha lebih untuk menguasi bidang lain dengan mengambilkan budaya " book worm - cacing buku "




Salah soerang bakal siswa menerima sumbangan tersebut,
YB Datok Tajuddin di iringi oleh Ygn. berusha En. Norazam Shaari,
Ketua Penolong Pegawai Dearah Kg. Gajah.

Walau bagaiman pun, Dato Tajuddin sebagai seroang politik gagal mengelakkan diri dari bercakap yang berunsur politik, beliau " mungkin " tak sedar beliau berdiri dan berucap di Bulan Ramadhan, bulan umat Islam sedang beramal ibadat. Mengapa beliau masih lagi mampu mencerca Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Haji Nik Aziz serta meneruskan " fitnah " kepada Sdr. DSAI, kata-kata seperti " Anwar suka main depan dan belakang ".

Apakah beliau bagitu bangga dengan ucapan tersebut, apakah beliau sedar kedua-dua kes yang di selubungi oleh DSAI itu adalah konspirasi dari rakan-rakan UMNO? juga kes kedua masih lagi di mahkamah. Bila masanya pula nanti Dato Tajuddin akan menziarahi DSAI untuk memoh0n kemaafan atas ketelanjurannya.

Kita perlu ingat kematian akan datang tanpa amaran. Kekadang kita lupa apakah diri kita cukup maksum?

Monday, August 15, 2011

Mercu tanda sejarah , Kampung Gajah


Ini adalah masjid lama Kampung Gajah. Dahulu saya pernah membuat artikel bertajuk Masjid Kampung Gajah (Kampung Gajah Mosque)berdasarkan gambar yang diambil waktu malam.
Di sini biarlah diletakkan 2 gambar waktu siang yang diambil dalam perjalanan terbaru saya ke Perak 9-11 April 2010.

Tinjauan berikutnya adalah ke arah Masjid Jamek (Lama) Kampung Gajah. Maklumat tentang lokasi masjid ini diperoleh daripada penduduk setempat.

Masjid ini terletak di Kampung Tengah, Kampung Gajah. Ruang dalam masjid ini terdapat 34 tiang kayu dengan kaki tiangnya daripada simen.

Pola ukiran papan layang menjadi hiasan pada bahagian pinggir cucuran tebar layar masjid.

Pola ukiran papan pator menjadi hiasan pada bahagian pinggir cucuran atap. Pola ini adalah ukiran yang sama seperti yang terdapat pada bahagian pinggir cucuran tebar layar.